Saturday, December 21, 2013

Workshop - bagaimana ingin menjadi Jurufoto Perkahwinan Bertauliah dan Profesional bersama Ridzuan Rashid

21 Disember 2013 - Bertempat di Aver Awards @ Plaza Low Yat, telah berlansung Wokshop bertajuk "be  a professional and qualified wedding photographer" yang disampaikan oleh Ridzuan Rashid iaitu salah seorang dari Warga Tempatan yang tersenarai namanya sebagai  LICENTIATE WPPA (LWPPA), di http://wppm.com.my/

Bengkel yang dianjurkan oleh DSC World dan AverAward ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk menjadi seorang wedding photographer yang diiktiraf oleh WPPA (Wedding and Potrait Photographer Asia).

Bengkel ini bermula dari jam 3.30 petang dan tamat sekitar jam 6:00 Petang. En Ridzuan Rashid telah memberikan sedikit sebanyak tips dan langkah untuk menjadi seorang photographer yang diiktiraf oleh WPPA. 

Beliau telah menerangkan aspek gambar yang diberikan penilaian yang dibuat oleh Jurunilai WPPA hinggalah kepada gambar gambar yang harus dihindarkan dari dihantar.

Program tamat dengan sesi soal jawap bersama peserta yang hadir ke bengkel ini.

Nota Papa Panda : Satu Langkah yang baik untuk Kehadapan sedikit dari jurufoto yang biasa kerana di zaman ini, ramai orang ada DSLR, jika di majlis perkahwinan pengantin dah macam artis, flash dari segala sudut keluar. Cuma yang membezakan, profesional tak menggunakan Mode Hijau.. he he

Borang penyertaan
Urusetia sedang adjust projektor


En Ridzuan Rashid membuka bicara.
Peserta yang hadir memberikan sepenuh tumpuan.
Salah seorang peserta begitu tekun dengan kameranya
Banyak juga gambar uncle ni snap.
Salah seorang peserta bertanyakan soalan secara peribadi
Penulis bergambar kenangan bersama Ridzuan Rashid.
Posted by Picasa

1 comment: