Sunday, October 25, 2020

River cruise kuantan pahang malaysia


Baru baru ini saya berpeluang bersiar - siar menaiki bot menyusuri sungai kuantan pahang, 
pengalaman selama 2 jam bersama pemandu pelancong yang sangat sporting.

bermula dari jeti, kami berhenti di beberapa lokasi bot bot nelayan berlabuh, di sini kami diterangkan mengenai jenis2 bot dan tangkapan ikan yang dibuat serta teknik menangkap ikan berdasarkan jenis2 bot.

selepas itu kami pergi ke kawasan hutan2 persisir sungai untuk tujuan utama kami iaitu mencari dan melihat secara dekat buaya liar di sungai kuantan ni. Percubaan pertama dan kedua kami gagal dan diteruskan dengan misi seterusnya iaitu melawat hutan paya bakau. Misi mencari buaya boleh diteruskan sewaktu balik nanti.

Di paya bakau kami diceritakan mengenai hutan paya bakau dan jenis2 bakau yang ada. Kami juga berpeluang menyemai benih bakau disini.

Di sini juga terdapat menara untuk melihat burung yang menghuni paya bakau. jika anda peminat burung, jangan lupa membawa teropong anda.

Dalam perjalanan pulang kami mencari lagi buaya liar dan akhirnya dapat bertemu buaya yang sedang berenang2 santai mungkin menuju ke tempat tidur nya disebabkan cuaca sudah petang nak menuju ke senja.

Untuk lebih menarik, tonton video selama 1 jam yang saya upload di youtube. Video ini merakamkan semua aktiviti yang berlaku sepanjang 2 jam mengikuti pakej kuantan river cruise ini. Saya cuba untuk memendekkan video, tetapi hanya berhasil pendekkan kepada 1 jam sahaja kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan kepada anda.

Selamat menonton.