Saturday, December 21, 2013

Workshop - bagaimana ingin menjadi Jurufoto Perkahwinan Bertauliah dan Profesional bersama Ridzuan Rashid

21 Disember 2013 - Bertempat di Aver Awards @ Plaza Low Yat, telah berlansung Wokshop bertajuk "be  a professional and qualified wedding photographer" yang disampaikan oleh Ridzuan Rashid iaitu salah seorang dari Warga Tempatan yang tersenarai namanya sebagai  LICENTIATE WPPA (LWPPA), di http://wppm.com.my/

Bengkel yang dianjurkan oleh DSC World dan AverAward ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk menjadi seorang wedding photographer yang diiktiraf oleh WPPA (Wedding and Potrait Photographer Asia).

Bengkel ini bermula dari jam 3.30 petang dan tamat sekitar jam 6:00 Petang. En Ridzuan Rashid telah memberikan sedikit sebanyak tips dan langkah untuk menjadi seorang photographer yang diiktiraf oleh WPPA. 

Beliau telah menerangkan aspek gambar yang diberikan penilaian yang dibuat oleh Jurunilai WPPA hinggalah kepada gambar gambar yang harus dihindarkan dari dihantar.

Program tamat dengan sesi soal jawap bersama peserta yang hadir ke bengkel ini.

Nota Papa Panda : Satu Langkah yang baik untuk Kehadapan sedikit dari jurufoto yang biasa kerana di zaman ini, ramai orang ada DSLR, jika di majlis perkahwinan pengantin dah macam artis, flash dari segala sudut keluar. Cuma yang membezakan, profesional tak menggunakan Mode Hijau.. he he

Borang penyertaan
Urusetia sedang adjust projektor


En Ridzuan Rashid membuka bicara.
Peserta yang hadir memberikan sepenuh tumpuan.
Salah seorang peserta begitu tekun dengan kameranya
Banyak juga gambar uncle ni snap.
Salah seorang peserta bertanyakan soalan secara peribadi
Penulis bergambar kenangan bersama Ridzuan Rashid.
Posted by Picasa

Friday, December 6, 2013

Seminar Fotografi - Festival Pelancongan & Fotografi Mara 2013 - Hari kedua

06 Disember 2013 - Hari kedua Seminar Fotografi Mara, Penceramah hari ini adalah Bazuki Muhammad - Bidang Photojurnalist, dan  Mohammed Hazli Mohammed Hassan - Colours of Malaysia Sea Scapes,

Bazuki muhammad yang bekerja dengan reuters berkongsi pengalaman beliau dalam bidang fotgrafi journal yang mana perlbagai cabaran dilalui dalam usaha mendapatkan gambar terbaik. Beliau menceritakan pengalaman bagaimana membawa diri di tempat orang, iaitu dari segi menyelesaikan masalah pengangkutan,  komunikasi dengan penduduk setempat, dan sebagainya  dalam usaha mendapatkan gambar yang diperlukan untuk sesuatu tugasan sebagai jurufoto wartawan.

Mohammed Hazli Mohammed Hassan atau lebih dikenali sebagai bobo pula menceritakan bidang fotografi dalam air (underwater photography) bermula dari aspek pemasaran, hala tuju dan diakhiri dengan perkakasan yang diperlukan.

Program selama dua hari ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan bergambar kenangan secara beramai ramai.

En Bazuki menyampaikan ceramah
 
Bergambar Kenangan Bersama En Bazuki.
Semasa menjawap soalan dari peserta

En Mohammed Hazli (bobo), menyampaikan ceramah
Berliau menunjukkan jenis jenis casing underwater
ini casing untuk Olympus OM-D
Ini sengaja dijatuhkan, kali ke-3  nak tunjuk olympus punya ketahanan.
Gambar beliau mula - mula campak camera ni kebawah tak sempat snap sebab kamera tak sedia lagi.
Bergambar kenangan bersama mr BOBO underwater photography.

Rakan -  Azrul,  mengambil peluang bergambar dengan peralatan kamera "underwater"
Bukan boleh main masuk sahaja. nak kena "adjust" juga rupanya.
Rakan - Azrul, seminar bergambar bersama beliau dan strop (flash)
Selepas dapat sijil (dalam envelop lagi)
Seorang rakan - Masri, sedang update status agaknya, "seminar dah tamat"
Sesi menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta
Sesi menyampaikan sijil
Pn Teh Arfah binti Kamarul Zaman, Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan
menyampaikan cenderahati kepada mr bobo
rakan di seminar bergambar sebelum pulang.
rakan - Azrul, bergambar di seminar sebelum pulang
Posted by Picasa

Thursday, December 5, 2013

Seminar Fotografi - Festival Pelancongan & Fotografi Mara 2013 - Hari Pertama

04 Disember 2013 - Bertempat di Tingkat 23, Busana, Bangunan Menara Mara, Kuala Lumpur telah diadakan satu seminar fotografi selama dua hari bermula hari ini sehingga esok bermula jam 10 pagi hingga 06 petang, Seminar bertujuan untuk memberikan input kepada para peminat fotografi Malaysia. Penceramah yang dijemput adalah pakar dalam industri fotografi tanah air . Seminar ini ditaja oleh Mara dan peserta hanya perlu membayar RM 30.00 berbanding kos asal RM 399 bagi umum dan hanya RM 10 bagi pelajar berbanding kos asal RM 199

Seminar berlansung selama dua hari melibatkan empat orang penceramah. Hari pertama Bustamam Mokhtar - Pakar pencahayaan bagi fotografi fesyen, dan Kamalia Kamal - Pemilik Photolicious.

Bustamam telah memberikan ceramah mengenai teknik pencahayaan studio, bagaimana menggunakan flash untuk mendapatkan kesan bayang dan cahaya yang sesuai. Papa Panda begitu kagum teknik yang digunakan hanya dengan menggunakan satu flash dengan defuser yang besar untuk mendapatkan kesan yang sama seperti menggunakan dua hingga tiga flash.

Manakala Kamalia Kamal pula yang lebih dikenali sebagai kak kay, iaitu antara jurufoto pengantin wanita paling awal menyampaikan ceramah bagaimana ingin memasarkan diri sebagai seorang jurufoto pengantin dari kosong hingga berjaya.

Manakala Bazuki Muhammad - Bidang Photojurnalist, dan  Mohammed Hazli Mohammed Hassan - Colours of Malaysia Sea Scapes, pula akan memberikan ceramah pada hari kedua.

bergambar kenangan bersama Bustamam Mokhtar,
Terima Kasih diatas ilmu yang disampaikan. Halalkan dunia akhirat yer.

Beg Cendera hati pengunjung dan isi nya. - 

Bustamam In Action dengan modelnya

Kamera Otai..

Kenapa Lens ada masking tape? bukan sebab pecah.. nak tau ikut kelas beliau.. he he

Pelajar juga menjadi model.

Lihat terus melalui laptop lagi jelas hasilnya.
Ilmu baru, tapi tak sesuai untuk wedding photo.

Rakan baru di seminar.

Bustamam In Action

Penerangan mengenai ring flash.

Kak Kay berkongsi pengalaman, mungkin bosan bagi orang lain,
tapi bagi saya tiada ilmu yang membosankan.

Bergambar kenangan bersama Kak Kay  - terima kasih atas ilmu yang disampaikan.
Halalkan dunia akhirat ye.



Sunday, November 10, 2013

Hari Riadhah Mahabbah 1 Wilayah 2013M 1435H - JAWI

 9 November 2013 (Sabtu) – Bertempat di Komplek Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur telah berlansung satu Program Hari Riadah Mahabbah 1Wilayah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2013M/1435H yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan.

Program dirasmikan oleh YBHG. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Datuk Che Ali Che Mat yang telah bersara pada 06 ogos 2013 yang lalu.

Objektif program adalah bagi mengeratkan hubungan antara warga institusi masjid dan JAWI di samping melahirkan individu yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Program yang berlansung selama dari jam 9 pagi hingga sekitar 6 petang melibatkan penyertaan dari 7 zon di bawah JAWI dan acara yang dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar, bola jarring, sepak takraw, ping pong, badminton dan boling. . Antara acara sampingan yang diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pertandingan mewarna untuk kanak kanak, dan cabutan bertuah

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Tn. Che Husain Bin Isa.  Pemenang atau Juara Keseluruhan dikira melalui kutipan mata tertinggi telah diungguli oleh Zon 3 dengan kutipan mata  terkumpul sebanyak 24 mata.
































































By : Papa Panda