Saturday, July 27, 2013

CHEF YANG JAMIL BERSAMA ARTIS TANAH AIR MENGEDARKAN BUBUK LAMBUK SECARA PERCUMA

24 July 2013, Chef Celebriti 1 Malaysia, Chef Yang Jamil bersama artis - artis tanah air mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang awam di sekitar Hadapan Houz Depot Jalan Tuanku Abdul Rahman sepanjang bulan ramadan tahun ini.

Antara Artis yang hadir menyerikan program ini adalah, Ery Ma'arof yang terkenal dengan lagu Astagafirullahalazim gubahan Saari Amri, Mazlan Hamzah yang terkenal dengan lagu Ayumu Merisaukan aku juga hasil nukilan Saari Amri , Lena AF9 dan Nazmi Irfan

Bubur lambuk mula diagihkan kepada orang awam sekitar jam 4:00 Petang dan kebiasaannya habis tidak sampai 30 minit.

Program ini adalah ditaja oleh Houz Depot  dengan kerjasama DBKL, di samping penaja - penaja lain iaitu, Adabi, Saji, Hijrah Ramadan Resources, Woop It, Krital Garam Himalaya, Kemas, Gas Petronas dan banyak lagi.

Program ini juga mendapat liputan dari Stesen TV dan Akhbar Tempatan.

Menurut Chef, insyallah ini akan menjadi acara tahunan di bulan RAMADAN.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Posted by Picasa

Friday, July 26, 2013

Majlis MOU E-KekCawan dan Cahaya Haluan Amanah Ikhtiar 25 July 2013

25 July 2013 - Bertempat di  Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur, telah berlansung satu majlis menandatangani perjanjian MOU antara Cahaya Haluan Amanah Ikhtiar dan EKekCawan

Program turut dihadiri oleh ramai barisan artis dan pelakon baru dan lama.

Majlis ini turut menjemput anak anak dari sekolah tahfiz untuk berbuka puasa di majlis ini.

Antara artis yang membuat persembahan adalah, Ery Maarof, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Program bermula sekitar jam 5.30 petang dan berakhir sekitar jam 9.00 malam.



















Posted by Picasa

Monday, July 22, 2013

Pertandingan Nyanyian Lagu Raya - Aras Iriaz Entertainment di Tesco Rawang - Saringan Pertama 21 july 2013

21 july 2013 -  Bertempat di Tesco Rawang, Aras Iriaz Entertaiment telah pun menganjurkan pertandingan nyanyian Lagu Hari Raya / Ketuhanan. Peserta mula mendaftarkan diri sekitar jam 4.30 petang. Pertandingan bermula jam 6.00 petang.

Perserta mendaftarkan diri.


Peserta mencabut undi giliran
Barisan Para Juri. Dari kiri, Mazlan Hamzah, Chef  Yang Jamil (Chef Selebriti Satu Malaysia) dan Ery Ma'arof.
Juri yang dijemput menjayakan acara ini terdiri di kalangan artis tanah air iaitu Mazlan Hamzah dan Ery Ma'arof yang merupakan anak didik komposer terkenal Saari Amri dan Chef Selebriti Satu Malaysia, Chef Yang Jamil.
Antara peserta yang menanti giliran
Peserta giliran pertama


Kelihatan Juri sedang mengadili persembahan peserta
























Program berakhir sekitar jam 7.00 petang setelah semua peserta menunjukkan bakat masing masing.