Sunday, May 12, 2013

Majlis Pra Pelancaran PERUMAHAN ALFAFA dan Sidang Media

Pada 09 Mei 2013, bertempat di Hotel De-Palma Ampang, satu majlis pelancaran dan sidang media projek perumahan alfafa telah diadakan. Papa Panda berpeluang hadir sama di majlis ini dan merakamkan sedikit sebanyak aktiviti yang berlansung di sana.

Program Pra Pelancaran ini turut mendapat kerjasama Persatuan Seniman, dah sudah pasti dihadiri oleh Presiden Seniman itu sendiri iaitu Zed Zaidi. dan turut dimeriahkan oleh kehadiran Abon dan Chef selibriti Yang Jamil.
Chef Yang Jamil dan Abon turut hadir menyerikan majlis.

Abon memberikan pose istimewa beliau.

Boy Iman selaku duta kepada Alfafa, begitu komited dalam menjayakan program ini.

Antara media yang hadir ke majlis ini membuat liputan adalah TV3, Berita Harian, Metro, TV9, Astro Awani, Bernama dan banyak lagi

Sesi Sidang Media - Dari Kiri, Chef Yang Jamil, Boy Iman, Ustaz Norsham, Zed Zaidi dan Abon 
Difahamkan, Alfafa Group menawarkan Lot Banglo pada kadar harga serendah RM89,000 dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik.

Antara syarat terbabit adalah.

1. Tempoh menunggu 36 bulan
2. Tandatangani perjanjian SALAM
3. Bulanan pemilik akan menerima RM500 selama 36 bulan
4. Berkonsepkan geran individu
5. Wajib mengikuti program pengajian Al-Quran & Seminar Solat.

Uniknya program ini, pemilik diberikan RM500 oleh Alfafa Group sebagai usaha untuk meringankan beban pemilik yang membayar ansuran hasil PINJAMAN PERIBADI (RM89,000) yang diusahakan sendiri oleh pemilik. 

Program ini menerapkan nilai - nilai saling bantu membantu, iaitu pemilik secara tidak lansung membantu pihak alfafa dengan memberikan tunai sebanyak RM89,000 untuk memulakan projek perumahan, dan sebagai ganjaran diberikan sebuah rumah banglo yang nilai melebihi RM200,000.

Apabila ditanya, untungkah pihak alfafa dengan melakukan perkara sebegini?, Jawap beliau, masih untung.

Komen PAPA PANDA:
Pada pendapat PAPA PANDA, yang dimaksudkan untung adalah, beliau mengutamakan untung di akhirat dan tidak rugi berkongsi keuntungan dengan orang yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan menunggu selama 36 bulan. Ini lah yang dinamakan Win-Win Situation yang sebenar. Jika syarikat developer lain untung besar, beliau untung besar di akhirat nanti. Amin...

Cuma PAPA PANDA sibuk memikir, alangkah bagusnya jika alfafa group dapat membantu orang yang berpendapatan sendiri (melalui perniagaan dll)yang susah nak mendapat kelulusan bank, ini kerana pihak bank sukar memberikan pinjaman peribadi kepada gologan ini sekiranya tiada Penjamin Kakitangan Kerajaan / PLC ataupun CAGARAN (geran tanah dsb). PAPA PANDA sendiri mengalami nasib yang sama. Ingin mendapatkan pinjaman bank bernilai RM50,000 untuk perniagaan pun tak lulus. 

Dalam hal ini Ahli Seniman boleh menarik nafas agak lega,
presiden sudah menyuarakan akan membantu ahlinya mendapat kelulusan dari BANK.

Boy Iman, Azuka FG, Zed Zaidi dan Ustz Norsham ketika melihat replika rumah

Persembahan Seni Silat

Contoh Iklan yang diedarkan.

link berita di TV3 click sini
By : PAPA PANDA.
Foto : PAPA PANDA.

No comments:

Post a Comment