Sunday, November 10, 2013

Hari Riadhah Mahabbah 1 Wilayah 2013M 1435H - JAWI

 9 November 2013 (Sabtu) – Bertempat di Komplek Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur telah berlansung satu Program Hari Riadah Mahabbah 1Wilayah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2013M/1435H yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan.

Program dirasmikan oleh YBHG. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Datuk Che Ali Che Mat yang telah bersara pada 06 ogos 2013 yang lalu.

Objektif program adalah bagi mengeratkan hubungan antara warga institusi masjid dan JAWI di samping melahirkan individu yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Program yang berlansung selama dari jam 9 pagi hingga sekitar 6 petang melibatkan penyertaan dari 7 zon di bawah JAWI dan acara yang dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar, bola jarring, sepak takraw, ping pong, badminton dan boling. . Antara acara sampingan yang diadakan bagi memeriahkan majlis adalah pertandingan mewarna untuk kanak kanak, dan cabutan bertuah

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Tn. Che Husain Bin Isa.  Pemenang atau Juara Keseluruhan dikira melalui kutipan mata tertinggi telah diungguli oleh Zon 3 dengan kutipan mata  terkumpul sebanyak 24 mata.
































































By : Papa Panda