Tuesday, November 3, 2020

Bagaimana nak menang BMW M3 GTR - NEED FOR SPEED NO LIMITS - Vault Event - URBAN LEGEND

 FOR SPEED NO LIMITS - Vault Event

URBAN LEGEND - BMW M3 GTR

   

    Dalam banyak - banyak event dalam game need for speed no limits, event ni banyak kali saya start dan gagal.. sebab utamanya adalah tak bleh nak Farming ( istilah dalam komuniti game ni). Farming ni penting bagi memudahkan kita kumpul *duit @ kredit utk kita beli part dalam game ni. Part tak cukup.. nak habiskan game memang kiok.. contohnya mcm kat bawah ni ler.. nampak tak tulisan claim tu..  game ni sudah 3x ulang main. Tak lepas juga tamatkan race hari ke 7 tu. 

Jika korang nak menang game ni. Kena baca sampai habis karangan pakcik ni.


  Satu lagi cabaran dalam game ni yang rasa naik angin satu badan kalau main..iaitu event ni ada beberapa siri task seperti video di bawah ni, memang payah nak menang.. kena cukupkan PR dulu..silap langkah tiket race habis dan usaha selama beberapa hari ranap macam tu jer.. sebabnya nanti tak sempat nak habiskan race. ni pakcik share video pakcik repeat berkali - kali nak settlekan satu task ni, puncanya kereta tak cukup upgrade dan asyik kena kena kacau dgn kereta lain. ( he he alasan...)


    Jadi di sini saya nak share step dari mula sampai habis mcm mana nak beli part yang secukupnya dan  mcm mana nak hadap setiap task nak pulak task yang susah nak menang. jadi nantikan saya update post ni secara berperingkat. Sementara itu, boleh lah tengok - tengok gambar intro Vault Event ni.. Standby utk sakit hati dan jika rasa nak baling handphone tu, baling ke tilam ye.. nanti pecah kena beli baru pulak.







    Jika nak tengok game Live Event Progress yang pakcik tengah main skg, bleh tengok kat video Youtube di bawah




-- Bersambung ---

    Mari kita mulakan langkah pertama, iaitu masuk vault event, dan  pilih Stories, diikuti pilihan Ignition, Kemudian Tekan Icon Urban Legend tu. Tapi jika korang punya masih ada lambang kunci, maka korang kena selesaikan dahulu Event Drift King dan Prime Suspect.. Event yang dua ni... kalau korang pulun sehari pun habis boleh habiskan semua sekali.. janji larat hadap Handphone je la.



    Maka Korang Boleh Mulakan Perlumbaan Hari Pertama ( Day 1). Perlumbaan hari pertama ni santai2 je.. korang main habiskan task sampai tiket habis.. tak perlu nak kasi kalah dan lumba berkali2 nak kumpul duit.. sebab event ni tak berkesan teknik farm tu.. dapat letih je nanti. Habiskan je race dgn sedaya upaya drift la selagi boleh.. lagi banyak drift.. lagi tinggi kredit korang dapat untuk nak beli part.

objektif dalam game ni adalah
  1.  Siapkan task (event) bagi setiap hari selama 7 hari, sama ada     
    - tamatkan race dalam tempoh masa yg ditetapkan.
    - tamatkan perlumbaan di tempat pertama (no.1)
    Hari 1 - 5 event 
    Hari 2 - 6 event
    Hari 3 - 7 event
    Hari 4 - 9 event
    Hari 5 - 10 Event
    Hari 6 - 14 Event
    Hari 7 - 15 Event
  1. Isi part yg kosong dan upgrade utk pastikan kereta cukup PR sebab mesti dlm banyak2 task, ada je task yg kena cukupkan PR.
part boleh juga dibeli di store (nama store ikut jenis event, cth ni blacklist store)
di dalam store ni senarai part akan tukar (refresh) setiap kali jam dunia (world time ) bertukar digit 00.. cth 1.00am 2.00am.. 
Jika mahu segera tukar senarai boleh tekan butang icon refresh sebelah timing refresh tu
Semasa dalam store, part yg ada anak panah  oren bermakna part tersebut diperlukan atau ada slot kosong pada level part yg aktif. Tetapi walaupun arrow tak keluar, part tersebut akan diperlukan bila upgrade ke level seterusnya.
    Kunci utama menang perlumbaan ini adalah, skill kawal kenderaan dan cara berbelanja beli part. teknik berbelanja membeli part amat penting. Tapi jika terlebih beli pun membazir juga.. sebab tidak dapat dipasang di enjin.

setiap kali habis satu race event, kita akan dapat part. Tapi part tu tak akan cukup utk dipasang ke bahagian engin utk tujuan upgrade dan cukupkan pr. Jadi nak tak nak, kena repeat race utk dptkan part atau kredit 
 beli kat store juga.
 
Ok bab nak kena beli kat store tu mesti dah faham kan, habis tu Duit (game ni guna istilah kredit) nak beli tu datang dari mana. 

Duit tu ada 2 cara nak kumpul, satunya masa tgh race tu.. selagi boleh korang drift lah banyak banyak, sebab itu sumber paling mudah. Jalan lurus pun drift kalau boleh, janji pandai pandai la jgn sampai kena potong kat garisan penamat sudah ler.. 

selain drift, kereta melompat / terbang diudara (AIRTIME), cucuk angin belakang ( DRAFT), kereta lain cucuk rapat kita (ONCOMING), selisih sipi dengan kereta awam ( Near Miss) dan starting tayar cantik (LAUCH) sama ada perfect atau good. Kalau overspin tu.. takde reward.

    ok korang tengok dulu video bawah ni.. hari pertama aku habiskan task.. Day1 event yang last tu, boleh pulak terlanggar dinding dan kereta dari depan, kereta datang dari depan pulak banyak , jadi kena la tunggu tiket refill dan lumba sekali lagi. Hari pertama dan kedua ni tak kisah bazir tiket sangat, sebab tiket akan refill setiap 50 minit. Jika habiskan awal pun, Hari kedua ( Day 2) kena tunggu cukup 24 jam baru bukak. Tapi pada hari ke 4 dan keatas, jangan sesekali bazirkan tiket, nanti tak cukup masa nak habiskan task.


Jom kita tengok bahagian - bahagian enjin yang ada semasa kereta ni dibagi Pinjam kat kita ( Jika menang race terus boleh buat Harta .. ha ha)

Di bawah ni gambar part yang korang kena kumpul dari race atau beli kat shop

kereta dan Bahagian Kenderaan


---bersambung lagi---

Material  level 1 dah penuh.. tekan rebuild Engin utk ke level 2

Material level 2 dan penuh, tekan rebuild Engine utk ke level 3

Material level 3 dan penuh, tekan rebuild Engine utk ke level 4

Material level 4 dan penuh, tekan rebuild Engine utk ke level 5


Senarai Part Level 1







Senarai Part Level 2