Thursday, December 5, 2013

Seminar Fotografi - Festival Pelancongan & Fotografi Mara 2013 - Hari Pertama

04 Disember 2013 - Bertempat di Tingkat 23, Busana, Bangunan Menara Mara, Kuala Lumpur telah diadakan satu seminar fotografi selama dua hari bermula hari ini sehingga esok bermula jam 10 pagi hingga 06 petang, Seminar bertujuan untuk memberikan input kepada para peminat fotografi Malaysia. Penceramah yang dijemput adalah pakar dalam industri fotografi tanah air . Seminar ini ditaja oleh Mara dan peserta hanya perlu membayar RM 30.00 berbanding kos asal RM 399 bagi umum dan hanya RM 10 bagi pelajar berbanding kos asal RM 199

Seminar berlansung selama dua hari melibatkan empat orang penceramah. Hari pertama Bustamam Mokhtar - Pakar pencahayaan bagi fotografi fesyen, dan Kamalia Kamal - Pemilik Photolicious.

Bustamam telah memberikan ceramah mengenai teknik pencahayaan studio, bagaimana menggunakan flash untuk mendapatkan kesan bayang dan cahaya yang sesuai. Papa Panda begitu kagum teknik yang digunakan hanya dengan menggunakan satu flash dengan defuser yang besar untuk mendapatkan kesan yang sama seperti menggunakan dua hingga tiga flash.

Manakala Kamalia Kamal pula yang lebih dikenali sebagai kak kay, iaitu antara jurufoto pengantin wanita paling awal menyampaikan ceramah bagaimana ingin memasarkan diri sebagai seorang jurufoto pengantin dari kosong hingga berjaya.

Manakala Bazuki Muhammad - Bidang Photojurnalist, dan  Mohammed Hazli Mohammed Hassan - Colours of Malaysia Sea Scapes, pula akan memberikan ceramah pada hari kedua.

bergambar kenangan bersama Bustamam Mokhtar,
Terima Kasih diatas ilmu yang disampaikan. Halalkan dunia akhirat yer.

Beg Cendera hati pengunjung dan isi nya. - 

Bustamam In Action dengan modelnya

Kamera Otai..

Kenapa Lens ada masking tape? bukan sebab pecah.. nak tau ikut kelas beliau.. he he

Pelajar juga menjadi model.

Lihat terus melalui laptop lagi jelas hasilnya.
Ilmu baru, tapi tak sesuai untuk wedding photo.

Rakan baru di seminar.

Bustamam In Action

Penerangan mengenai ring flash.

Kak Kay berkongsi pengalaman, mungkin bosan bagi orang lain,
tapi bagi saya tiada ilmu yang membosankan.

Bergambar kenangan bersama Kak Kay  - terima kasih atas ilmu yang disampaikan.
Halalkan dunia akhirat ye.



No comments:

Post a Comment