Wednesday, July 17, 2013

Suasana Pasar Ramadan 2013 Ayer Hitam Johor.

Suasana di tengah tengah pasar ramadan
 Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung isteri, Papa Panda sempat singgah di Pasar Ramadan Ayer Hitam, di lokasi Jalan Johor (orang ayer hitam panggil pasar ramadan jalan johor). Suasana pada ketika itu tidaklah sibuk sangat kerana pengunjung akan mula membeli juadah pada jam 5 petang dan keatas di sana tidak seperti di Kuala Lumpur yang mana seawal jam 3 petang dan jika jam 5 petang sudah banyak juadah yang kehabisan .
Makcik ni excited bila saya merakamkan gambarnya.
Salah satu juadah yang boleh didapati di sini adalah nasi ambeng. Nasi ambeng ni kebiasaannya di johor dijadikan buah tangan semasa kenduri doa selamat.

Sempat lagi snap sebelum bungkus.
Brother ni perasan ke tidak ejaan pada iklan dia tu, "Manes?" he he..
Terdapat juga Nasi Ayam Panggang Madu Masam Manis, tapi kat iklan tertulis Masam Manes, mana satu betul ni bang? Harga yang tertera RM4.50. Nak beli Baryani Gamm pun ada. Baryani Gamm Ayam RM 6.00, Daging pula RM6.50. Ejaan Baryani ni pun Papa Panda tak pasti betul ke tidak.


Air Lai Che Kang, yang dalam plastik itu sejuk, yang belum bancuh
untuk yang panas.
Air yang wajib ada di pasar ramadan di mana sahaja. Air Lai Che Kang. Panas ada, sejuk pun ada. Di Kuala Lumpur tak pernah lagi tengok orang letak yang belum bancuh di atas meja depan depan pengunjung. Jika di restoran tu biasa la tengok. Nanti masa sibuk bancuh tak risau ke air tertumpah ke atas yang belum bancuh tu bang? Cara Iklan kan produk agaknya. Cara dan kreativiti masing - masing.

Ubi Kayu rebus pun ada, di K.L belum tentu ada.
Ini yang Papa Panda tertarik sangat. Ubi Kayu Rebus. Nak jumpa orang jual benda ni memang agak susah. Terhad dan Limited. Jika ada yang minat, meh ke sini, terutama ibu mengandung yang kekadang minta benda yang jarang - jarang orang jual. Mana lah tau ada yang mengidam nak makan ubi kayu rebus.


Peniaga pun masih relek - relek lagi, maklumlah di sini waktu begini bukannya ramai orang.
Di sini, seawal jam 5, belum ramai lagi pengunjung, tapi jika datang semula jam 5.30, sudah ramai orang. Ramai suka beli dekat dekat nak berbuka agaknya. Jika di Kuala Lumpur, jam 5.00 petang sudah tinggal saki baki juadah, jika ada juadah yang HIT dan LARIS, memang sudah tinggal tapak. Bukan sebab peniaga tak berniaga, tapi sudah pulang awal.
Sebelum pulang snap akhir di lokasi pintu masuk
Kesimpulannya, gerai di sini sederhana sahaja saiznya. Ada banyak lagi lokasi Pasar Ramadan di Ayer Hitam ni, tapi ini sahaja yang sempat Papa Panda lawati.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment