Tuesday, August 27, 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 27 Ogos 2013 - Bertempat di Dataran Gemilang Presint 4 Putrajaya, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis tersebut dihadiri oleh ramai artis antara nya Lan Kristal, Maya yang popular dengan lagu Bunga - Bunga Matahari, Rem yang popular dengan lagu Selingkar Kasih , Ani Mayuni (terkenal sebagai artis dangdut) yang popular dengan lagu Terang Bulan.


Papa Panda ke putrajaya atas jemputan ke Majlis Mesra Warga Kastam 2013 Oleh Kastam Diraja Malaysia sempena Sambutan Aidilfitri 2013, telah singgah di sana selepas selesai tertarik untuk singgah menyaksikan kemeriahan sambutan yang dapat dilihat dari jauh lagi.

Papa Panda hanya sempat merakamkan Ani Mayuni membuat persembahan kerana artis yang lain sudah pun selesai giliran persembahan mereka.

Salah satu acara yang Papa Panda sempat lihat diadakan di sana adalah Pertandingan Menghias Gerai. Banyak Gerai di hias dengan kreatif dan bertemakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi oleh kerana Papa Panda tiba agak lewat, banyak gerai yang sudah kehabisan juadah dan Pemenang sedang diumumkan.

Turut hadir sama di majlis ini, Nizam Markaban Pelakon baru Telemovie - Dari Singmah Estet Ke Downtown yang baru saja ditayangkan di Astro Warna.

No comments:

Post a Comment