Saturday, July 27, 2013

CHEF YANG JAMIL BERSAMA ARTIS TANAH AIR MENGEDARKAN BUBUK LAMBUK SECARA PERCUMA

24 July 2013, Chef Celebriti 1 Malaysia, Chef Yang Jamil bersama artis - artis tanah air mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang awam di sekitar Hadapan Houz Depot Jalan Tuanku Abdul Rahman sepanjang bulan ramadan tahun ini.

Antara Artis yang hadir menyerikan program ini adalah, Ery Ma'arof yang terkenal dengan lagu Astagafirullahalazim gubahan Saari Amri, Mazlan Hamzah yang terkenal dengan lagu Ayumu Merisaukan aku juga hasil nukilan Saari Amri , Lena AF9 dan Nazmi Irfan

Bubur lambuk mula diagihkan kepada orang awam sekitar jam 4:00 Petang dan kebiasaannya habis tidak sampai 30 minit.

Program ini adalah ditaja oleh Houz Depot  dengan kerjasama DBKL, di samping penaja - penaja lain iaitu, Adabi, Saji, Hijrah Ramadan Resources, Woop It, Krital Garam Himalaya, Kemas, Gas Petronas dan banyak lagi.

Program ini juga mendapat liputan dari Stesen TV dan Akhbar Tempatan.

Menurut Chef, insyallah ini akan menjadi acara tahunan di bulan RAMADAN.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment